Hyee. . Selamat Datang Ke Blog Fay . . Hehe. . Jangan Lupa Untuk Baca ,Like dan Click Join Di Bawah Okeh ! Love Ya !. . =3 huhuhu . .
Daisypath Happy Birthday tickers

.:Tips Ketika Sahur:.

Sekarang kita berada dibulan yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan Al Mubarak.Dalam bulan ini diwajibkan semua muslim berpuasa,Puasa tau!!!ahakss.Sebenarnya gua ingin mengimbas kembali pengalaman gua sebagai pengejut rakan-rakan bangun sahur semasa gua berada dirumah bujang pada tahun lepas.
Memang tidak dinafikan,rakan-rakan gua ni memang baloqliat nak bangun sahur,gua sebagai kawan yang menitikberatkan keperihatian dalam berkawan,gua meng-offer-kan diri sebagai pengejut mereka untuk bangun sahur.Kalau tak kejut sahur,sah..sah la plastik hitam penuh dalam rumah.

TIPS-TIPS UNTUK KEJUTKAN RAKAN BUJANG BANGUN SAHUR
1-Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu.Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.
2-Goyang bahunya perlahan-lahan.Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!
3-Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya.Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.
4-Pukul gendang di kawasan perumahan anda.Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!
Fakta i beirut , seorang lelaki Lebanon, Mohammed Fanas, 61, sentiasa mendapat perhatian setiap kali Ramadan kerana kegigihannya sebagai Al-Musaharati yang mengejutkan orang ramai bangun untuk bersahur sambil membawa sebuah lantera dan memukul gendang kecil dengan kuat bertalu-talu.


5-Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!
6-Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.
7-Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.
8-Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.
9-Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.
10-Halakan kipas meja ke arah kawan korang.Biar dia sejuk menggigil.
11-Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.
12-Anda boleh menyamar sebagai bapok dan buat aksi membelai mukanya dengan spender busuk.Ada dua kesan daripada tips ini , yang pertama member anda akan pulaukan anda dan satu lagi dia perambat anda sekeliling perumahan.
13-Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.
14-Sambil tergopoh-gapah mengejutkan kawan anda , anda jeritnya girlfrend nya dalam kecemasan.Confirm lah dia bangun.Sape tak sayang awek kan.
15-Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ” MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya.Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.
Nota Nakal : Kalau 15 tips diatas tidak memberi effect apa-apa kepada rakan uolls,gua sarankan uolls panggil orang masjid untuk mengambil alih peranan uolls,kerana tuhan lebih menyayanginya






0 comments:

>